BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 29 July 2010

Waiting For...Part 1

           Di waktu matahari ingin menyembunyikan diri, Narry akan membawa Dd berjalan-jalan setiap petang..,Dd ialah kucing yang di hadiahkan oleh Anddy kepadanya pada krismas tahun lalu..Narry sangat menyayangi Dd kerana itulah satu-satunya pemberian terakhir dari Anddy kepadanya sebelum Anddy pergi untuk selamanya.

“Narry…!”,panggil Aeddy.

“Oh...! Aeddy..,kau buat ape kat sini?”,sahut Narry

“Aku bosan arr duduk kat rumah...itu yang jalan-jalan..,ambil angin petang..”

“Oh..yee ke..Eh..Bila kau balik Korea…”

“Semalam petang..Kenape??..,kau rindu ake ae..”

“Aa...tolong sikit, tak ada mase tau nak rindukan kau..”

Aeddy dan Anddy ialah pasangan kembar.Muka mereka seiras,perwatakan mereka sama tetapi ape yang membezakan mereka ialah..Anddy agak pemalu berbanding abangnya iaitu Aeddy.

“Yee laa...aku tahu laa..sape aku...”,jawap Aeddy sambil tersenyum..Walaupun pada hakikatnya dia mengharapkan kerinduan daripada Narry tetapi dia mengerti bahawa Narry masih belum boleh melupakan Anddy,adiknya yang telah sekian lama pergi akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

“Hey..! Termenung pula dia..”,tegur Narry

“Ha..? Oh!! Sorry…leka tengok Dd”,sahut Aeddy yang tersedar dari lamunannya.

“Dah laa...Jom aku belanje kau minum..bukan selalu kita jumpa”

“Aku yang sepatutnya belanja kau...”

“Kau nie banyak cakap arr..nak tak nak..?”

“Ok..lagi pun bukan senang nak suruh kau belanja orang..”

Aeddy dan Narry berjalan bersama-sama sambil di temani Dd yang di kawal oleh Aeddy…Setiba di kedai Coffee Prince..,Narry terasa satu perasaan yang aneh, Narry cuba mengawal emosinya dari di lihat oleh Aeddy..Ini kerana di kedai itulah tersimpan seribu satu memori dia dan Anddy.
Setelah mereka minum dan berbual..Narry tersedar yang hari semakin senja..

“Aeddy..,Aku kena balik laa..dah senja nie”,

“Ok..kalau macam tu aku teman kau balik”

“Eh..tak payah laa..susahkan kau jee..”


~Bersambung~