BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 12 February 2011

Pain Of Love Part 4

“Yelah. Hari ni aku dah belanja kau”

“Apa-apa sajalah abang ni?”

“Dah makan. Jangan bercakap lagi”

“Baik boss”

“Lepas ni kau nak pergi mana?”

“Tadi kata jangan bercakap?”

“Aku cakap baru kau boleh cakap,faham”

“Yelah. Lepas ni saya nak pergi kat bilik muzik. Kak Kagome tunggu saya kat sana”

“Oh! Kirim salam kat kakak kesayangan kau tu nanti ye”

“Yelah. Hemm,saya dah selesai,so saya pergi dulu. Thanks for lunch”

EunHye berlalu pergi meniggalkan MinHo dan menuju ke bilik muzik untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan guru muziknya. 

********

“Hai! Kak Kagome”

“Hai! Kau dari mana?”

“Saya? Oh! Saya baru lepas makan”

“Kau sorang?”

“Ee..Yup”

“Jangan tipu kakaklah EunHye. Cakap kau dengan sapa tadi?”

“Saya dengan abg MinHo”

“Kau buat apa dengan dia”

“Makanlah. Habis kakak ingat saya buat apa?”

“Takdelah. Habis tu dia tak cakap apa-apa?”

“Tak pula. Kenapa?”

“Dah makankan?”

“Sudah. Akak?”

“Akak tengah dietlah. Kau nak tahu tak?” 

“Tahu apa?”

“Pasal kau dengan dialah”

“Oh! Saya hampir terlupa”

“Itulah asyik ingatkan dia je”

“Mane ade. Cepatlah kak, apa dia kata?”

“Ok, sebelum tu kau relaks dan dengar apa yang akak nak katakan ni. MinHo tak dapat terima kau”

“Ok.(perasaan EunHye hampa..dan kecewa tapi dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya itu). Apa lagi dia kata?”

“Dia suruh akak cakap dekat kau yang dia cuma nak perempuan mata hijau je”

“Uuhh! Dia tu betul ke tidak? Mana ada perempuan Korea mata hijau”

“Dia tu pelikkan?. Lepas tu akak cakap dengan dia, apa dia ayat kau sampai kau cair dengan dia”

“Apa dia jawap?”

“Dia kata ‘mana ada Kagome. Aku mana ada ayat dia’, Dia kata macam tu”

“Oh! Akak tanya dia bila?”

“Semalam,dekat bilik sains”
 
Bersambung ~ Pain Of Love Part 5 ~

~ narryen ~ 

Saturday 5 February 2011

Pain Of Love Part 3

“Bila? Saya dah tak sabar nak tahu”

“Lepas sekolah,kau tunggu akak dekat bilik muzik. Akak habis kelas pukul 4.30 pm, kau?”

“saya pukul 3.15 pm, nanti saya tunggu akak”

EunHye dan Kagome menuju ke kelas masing-masing.
Waktu balik telah pun tiba,semua pelajar tidak sabar-sabar lagi untuk pulang, mereka kemas buku dan barang-barang mereka secepat mungkin.

“EunHye kau tak nak balik ke?”,kata JanDi

“Aku balik lambat hari ni”,jawap EunHye

“Kau stay kat sekolah dengan kak Kagome ke?”,tanya HaeJin

“Ha`ah”, jawap EunHye

“Oklah kalau macam tu,kami balik dulu,jangan lupa kunci kelas”, kata YooHe

“Yelah aku tahu”,jawap EunHye

Mereka pulang dan tinggallah EunHye berseorangan di dalam kelas.Termenung sambil memikirkan apa yang bakal di ketahuinya nanti

“Sorang je? Mana yang lain?”,tanya MinHo

“Hah? Oh! Yang lain dah balik. Bila abang ada dekat sini? Abang buat apa?”,EunHye bertanya tanpa henti.

“Kau ni kenapa?”

“Hah? Kenapa apa?

“Tengok tu kau macam megelabah je,relakslah,tak ada sapa nak tangkap kita kat sini”

“Uhh..! Apa abang merepak ni? Mana ade saya mengelabah. Saya cuma terkejut je, sejak bila abang ada dekat kelas saya ni? Abang tak ada kelas ke?”

“Ada, aku malas nak masuklah. Aku lepak kat sini dengan kau boleh?”

“Suka hati abanglah. Abang yang ponting bukan saya.”

EunHye terkejut dengan kehadiran MinHo yang berdiri di pintu kelasnya. Pada masa yang sama EunHye juga berasa malu bila memikirkan bahawa insan yang berada dihadapnya sekarang ni telah mengetahui bahawa dirinya menyintai lelaki tersebut. Dia tidak dapat mengawal perasannya tetapi dirinya berasa gembira kerana dapat berdua-duaan dengan lelaki ynag di cintainya.

“Hey! Termenung pula dia ni”,tegur MinHo

Teguran MinHo mematikan lamunannya. 

“Hah? Mana ada,dahlah abang saya nak pergi makan,tiba-tiba je perut ni saya lapar”

“Kalau macam tu abang ikut boleh?”

“Eh! Abang ni, saya nak makan pun nak ikut ke? Suka hatilah”

“Bagus,jom abang belanja kau,tapi guna duit kau dululah. Abang taka de duitlah”

“Ceh..! Cakap jelah abang nak saya belanja,kedekut”

“Yelah,cik EunHye saya nak awak belanja boleh?”

“Yelah,cepat sikit”

*****

“Tadi suruh cepat, ni dia yang lambat”

“Abang jalanlah dulu”

“Kenapa? Takut orang kata kita ada scandal?”

“Mana ada”

“so, cepatlah jalan tu. Takkan jalan sebelah aku pun malu?”

“Bukan ke saya kata MANA ADA. Ish! Abang ni jalan jelah dulu saya takkan larilah”


 Bersambung ~ Pain Of Love Part  4 ~

~ narryen ~

Thursday 3 February 2011

Pain Of Love Part 2

*************
Mdm So Eun tiba di bilik gerakan

“Selamat sejahtera semua”,ucap Mdm So Eun

“Selamat sejahtera”,sahut para pengawas

“Hari nie saya akan memberitahu siapakah Ahli Jawatan Kuasa unit pengerusi. Ketua untuk tahin 2010 adalah Lee Min Ho. Seterusnya timbalan ketua pengerusi adalah Yun Jung Hoon dan Lee Yeon Hee. Manakala setiausaha di sandang oleh Lee Da Hae dan pembantunya adalah Yoo Eun Hye….dan seterusnya…

Setelah beberapa minit…

Itulah ajk tertinggi yang di lantik dalam unit pengawas. Jadi saya harap para pengawas yang lain sila beri kerjasama dalam apa jua aktiviti yang bakal di anjurkan dan laksanakanlah tanggungjawab anda dengan baik”,kata mdm So Eun selama beberapa minit untuk menyatakan perkara tersebut.

Mdm So Eun pun berlalu pergi.Perjumpaan pada hari itu di tangguhkan pada minggu hadapan.

EunHye tidak putus-putus menerima ucapan tahnia dari rakan-rakannya kerana di lantik menjadi pen.setiausaha.YooHee dan JanDi mengajak EunHye untuk turut sama meraikan berita gembira bahawa JanDi dan EunHye di lantik menjadi ajk tertinggi pengawas.Walaupun HaeJin bukan lagi pengerusi tetapi dia turut di jumput untuk menghadiri parti kecil itu.

Setelah selesai mereka pulang dengan gembira dan berasa sungguh teruja untuk melaksanakan tugas dengan memegang jawatan sebagai ajk tertinggi.

*******
Hari berganti hari,bulan berganti bulan. Pejam celik pejam celik sudah berakhirnya bulan Mac bermakna sudah tiga bulan EunHye melaksanakan kewajipannya sebagai seorang pengerusi dan pen.s/u. Dia juga bertemu dengan seorang sahabat baru iaitu Kagome Ichizen iaitu seorang perempuan berbangsa Japan yang menetap di Korea. Beliau pelajar tahun akhir sekolah tinggi Shinwa. Beliau besahabat dengan EunHye semenjak tahun lepas tetapi mereka menjadi rapat semenjak awal tahun ini. Beliau juga rakan sekelas ketua pengerusi Shinwa iaitu Lee Min Ho.

Antara bulan Januari dengan bulan Febuari, EunHye dan Kagome di tempatkan dalam satu kumpulan tetapi semenjak awal bulan Mac mereka tidak lagi satu kumpulan tetapi mereka sering berjumpa dan berhubung.Mereka akan selalu study sama-sama di sekolah, EunHye juga sering meminta bantuan Kagome dalam apa-apa subjek yang dia tidak faham. Mereka sering berbual tentang rakan-rakan sekelas mereka, Kagome juga sering menceritakan perihal MinHo kepada EunHye. Perhubungan mereka sungguh rapat seperti adik-beradik.Segala masalah di kongsi bersama, EunHye mempercayai Kagome 100% begitu juga Kagome.

Pada suatu hari EunHye meluahkan perasaannya kepada Kagome dengan menyatakan bahawa dirinya meyukai MinHo lebih dari seorang kawan.Pada masa yang sama EunHye juga tidak pasti dengan prasaannya lalu dia mengambil tidakan berani dengan meminta bantuan Kagome untuk memberitahu MinHo tentang perasaanya bahawa dia telah pun menyukai MinHo.

“Betul ke apa yang kau cakap ni?”,kata Kagome

“ Saya tak tahu. Saya rasa betul tapi kadang kala saya sendiri tak pasti”,jawap EunHye

“Nanti akak cuba cakap dengan dia tapi akak nak kau bersedia dengan apa-apa jawapan yang bakal kau terima. Faham?”

“Saya tahu laa.. Akak jangan risau”

“Bagus,macam tulah adik,kakak”

Pada keesokan harinya, EunHye bertemu dengan Kagome di tempat bertugas.

“Selamat pagi s/u”,sapa Kagome

“Selamat pagi”,jawap EunHye “Macam mana dah ready nak dengar jawapan dari abg MinHo kau?”

“Hah!! Akak dah beritahu dia? So apa reaksi dia?”

“Eh! Kau ni sabar la,nanti akak cerita ok?”


Bersambung ~ Pain Of Love Part 3 ~


~ narryen ~

Pain Of Love Part 1

      Kisah ini mengenai seorang pelajar sekolah tinggi Shinwa. Di Korea terdapat satu kawasan yang di beri nama Shinwa,kerana disitu terbina sebuah industry pendidikan dari peringkat tadika sehingga university. Pelajar ini bernama Yoo Eun Hye. Dia seorang pelajar yang sederhana dalam pelajaran. Dia dapat memasuki sekolah tinggi Shinwa dengan adanya bantua biasiswa dari pihak kerajaan. Disinilah bermulanya zaman remajanya yang penuh suka dan duka. Beliau di takdirkan bersahabat dengan Gun Jan Di,Lee Da Hae,Song Yoo Hee dan Park Hae Jin. Disini jugalah dia mengenal cinta dan mencipta satu pengalaman mengenai cinta.
Apakah yang akan terjadi pada EunHye? Adakah dia dapat menerima keperitan cintanya?

“EunHye..!! Bangun,dah lambat ni.”, jerit mama EunHye.

EunHye yang sedang lena di buai mimpi tersentak apabila terdengar jeritan mamanya

“Aahhh..malasnya nak pergi sekolah..”, kata EunHye

“Wah!! Baru hari pertama sekolah dah malas macam mana ni..? Pengawas pun malas nak pergi sekolah”

“Alah mama.. EunHye nak cuti lagi laa..”

“Sudah cepat bangun nanti lambat ke sekolah pula. Tak pasal-pasal kena dendan. Padan muka"

“Yelah, EunHye bangunlah ni. Mama jangan bising,sakit kepala EunHye..”

Setiba di sekolah EunHye di panggil oleh rakan-rakannya

“Hai! Apa cerita?”,kata YooHee

“Cerita apa?”

“Yelah sebulan lebih cuti rak dengar berita kau pun”,sampuk HaeJin

“Alaha… Aku malas nak top up”

“Kau memang. Kedekut”, kata JanDi

“Apa-apa jelah korang ni..Yelah aku jelah yang salah. Sorry tak contact korang
Mereka berbual,ketawa bersama sebelum di minta pergi ke tapak perhimpunan untuk perhimpunan rasmi kali pertama.
***********
Perhatian. Perhatian kepada semua pengerusi kelab Sekolah Tinggi Shinwa, satu perjumpaan akan di adakan pada pukul 1.30 pm di bilik mesyuarat. Perjumpaan di wajibkan."

“Wah! Hari pertama sekolah dah kena balik lambat”,kata YooHee

“Nak buat macam mana,kita inikan orang penting sekolah. Tanpa kita huru-hara sekolah”,sampuk EunHye
Selepas PnP tamat mereka terus ke bilik mesyuarat untuk menghadiri perjumpaan tersebut.

“Wah.. Excite nak datang perjumpaan para pengerusi”,kata MinHo

MinHo ialah pelajar tahun akhir yang dikatakan bakal menjadi ketua kepada semua pengerusi kelab yang ada di sekolah itu untuk tahun 2010 ini.

“Oh! Abg MinHo. Takdelah...Excite, cume saja je nak datang awal…Tapi untuk apa di adakan perjumpaan untuk semua pengerusi nie..??”,kata EunHye

“Untuk memberitahu siapa yang bakal dilantik menjadi ajk tertinggi untuk unit pengerusi”

“Oh..,yeke..rasanya tak lamakan??”,soal JanDi

“Rasanya tak lama. Kenapa? Tak nak balik lambat?”

“Tak adelah macam tu,cuma tanya saja”.jawab JanDi

“Korang kena biasakan diri tu. Nanti setiap minggu kita akan adakan perjumpaan. Macam mana nie kalau tak bolah balik lambat”,kata MinHo

“Peh!!! Tiap-tiap minggu ada perjumpaan?”,soal YooHee

“Yalah,kita nak bincangkan masalah yang terdapat dalam setiap kelab yang ada di sekolah nie dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaiannya.”,jawap MinHo.

Bersambung ~ Pain Of Love Part 2

~ narryen ~