BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 15 March 2011

Pain Of Love Final Part

“Balik nanti saya tunggu awak dekat pintu pagar. Kita balik sama ya?”

“Baiklah. Tapi..”

“Tapi apa…?”

“Awak bolah lepaskan tangan saya tak. Macam mana saya nak balik kelas”

“Oh! Maafkan saya. Saya tak sengaja”

“Tak mengapa. Saya pergi dulu”

“Yelah”,jawab Andrian sambil tersenyum gembira.

Jam sudah menunjukan 4:00 pm menandakan sudah tiba waktu balik.

“Kenapa kau gelisah je?”, soal YooHee

“Tak ade apalah”, jawap EunHye

Selama 10 minit kawan-kawannya bertanyakan soalan kenapa dengan dirinya, kerana mereka melihat EunHye tidak focus sewaktu guru sedang mengajar. Dia tidak seperti itu sebelum ini. Itu yang membuatkan mereka risau. EunHye pula tidak menjawap pertanyaan mereka dan hanya mengatakan dirinya baik-baik saja.
Guru yang terakhir melepaskan mereka pada pukul 4:30 pm. EunHye kelihatan muram. Biasanya dialah yang paling suka balik lambat.
Mereka semua beredar dari kelas dan apa yang membuatkan kawan-kawan EunHye menjadi pelik ialah EunHye menjadi orang yang pertama meniggalkan kelas itu sedangkan dialah akan menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas itu.
EunHye menuju ke pintu pagar dan melihat Adrian setia menanti dirinya.

“Maaf. Cikgu saya keluarkan lambat”, kata EunHye

“Tak mengapa. Saya faham, marilah saya belanja awak minum dekat kedai coffee prince"

“Ok. Sebagai tanda minta maaf, biar saya belanja”

“Baiklah, tapi lain kali saya yang belanja”

“Ok”

Itulah lembaran baru buat EunHye, dengan kehadiran Adrian dirinya yakin yang dia akan berjaya melupakan MinHo.Walaupun masa perkenalan antara Adian dan EunHye sungguh singkat tetapi EunHye dapat merasai kebahagiaan yang di tunjukan oleh Adrian untuk dirinya. EunHye sungguh berterima kasih kepada kawan-kawannya kerana memperkenalkan Adrian kepadanya.
EunHye yang sentiasa ceria, sabar dan kelakar telah kembali. Kembali untuk memulakan kehidupan baru dan mengfokuskan kepada matlamatnya untuk menjadi seorang pakar IT yang berjaya.
Hilangnya MinHo, Gantinya Adrian. Walaupun hatinya masih menyintai MinHo adakah Adrian dapat menyingkirkan MinHo dari hati EunHye? Itulah hati seorang insan yang bernama Yoo Eun Hye. Adakah Adrian akan berjaya mengubati luka di hati? Adakah Adrian atau MinHo takdir cintanya? Atau mungkin insan lain yang di takdikan untuk EunHye? Biarlah masa menentukan segalanya.


~ThE eNd~
Hak cipta terpelihara
Milik NARRYEN sepenuhnya

Sunday 13 March 2011

Pain Of Love Part 6

Sewaktu di ruang makan, HaeJin bertanyakan impian sahabat-sahabatnya. Mereka menceritakan impian dan harapan masing-masing dengan begitu bersemangat. Ada di antara mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke luar Negara seperti JanDi yang ingin ke Istanbul. Dalam keseronokan berbual tiba-tiba mereka di tegur oleh Adrian Lim. Seorang pelajar baru di sekolah tinggi itu. Kacukan china-korea. Ada khabar angin menyatakan bahawa pemuda ini menyimpan perasaan kepada EunHye.

“Hai! Seronok nampak?”, tegur Adrian

“Hai! Tak adelah seronok sangat. Kenapa? Nak join kita orang ke?”, jawap DaHae

“Boleh ke?”, tanya Adrian

“Boleh. Sebab aku dengan YooHee,HaeJin dan DaHae ada hal sikit nak kena buat, so kau lepak arr dekat sini, temankan kawan aku ni”, kata JanDi

“Oh! Aku ok je. Macam mana pula dengan EunHye?”, soal Adrian sambil tersenyum

“Hah! EunHye, Adrian temankan kau, boleh?”, soal JanDi

“Uuhh! Apa korang ni. Seganlah aku”, jawap EunHye dengan suara yang perlahan

“Tak ape EunHye. Lagi pun saya nak berkenalan dengan awak. Kawan-kawan awak ni saya dah pun kenal”, sampuk Adrina

“Awak dah kenal mereka? Bila?”, soal EunHye dengan raut wajah yang kebinggungan

“Saya dah pindah sini nak dekat empat bulan. Saya kenal kawan-kawan awak dah nak dekat dua atau tiga bulan jugalah”, jawap Adrian

“Oh!...”

DaHea terus memotong perbicaraan EunHye

“So sekarang dia dah pun kata nak berkenalan dengan kau, EunHye. Jadi Adrian tolong jagakan kawan kami ni. Faham?”, kata DaHea

“Ok. Tak ada masalah”, jawap Adrian

Mereka terus pergi meniggalkan Adrian dan EunHye berdua di meja makan itu..

“Dah lama awak kenal kawan-kawan saya?”, soal EunHye

“Bukankah saya sudah kata, sudah dua bulan saya kenal kawan-kawan awak”, jawap
Adrian

“Oh! Maaf. Tapi macam mana awak kenal mereka?”

“Saya satu kelas dengan teman lelaki kawan awak, JanDi iaitu JunPyo. So dia yang kenalkan saya pada mereka. Waktu itu awak tak ada dengan mereka. Kami selalu semeja, mereka selalu cerita pasal awak. Cuma hari ini bila saya nampak awak turun makan, saya tak naklah kacau sebab saya tahu awak mungkin akan terkejut kalau saya dan JunPyo tiba-tiba duduk semeja dengan awak, JunPyo mungkin awak kenal so awak tak berapa kisah sangat tapi saya, awak belum kenal lagi”

“Wow! Panjangnya cerita awak. (sambil tersenyum), ok mari kita berkenalan dengan cara yang betul. Hai! Saya Yoo Eun Hye, tahun dua kelas khas”, kata EunHye sambil menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman.

“(tersenyum). Hai! Saya Adrian Lim, tahum dua kelas A”, jawap Adrian lalu membalas huluran EunHye.

Kringg…

Loceng sudah berbunyi, tandanya mereka harus berpisah untuk sementara.

“Ok Adrian, saya minta diri dulu”

EunHye terus beredar tetapi Adrian pantas mencapai tangan EunHye.

“EunHye nanti”

EunHye tidak meronta untuk melepaskan genggaman Adrian sebaliknya mendiamkan diri kerana terkejut dengan tindakan berani Adrian

“Apa?”


Bersmbung.. ~ Pain Of Love Final Part ~

~ narryen ~ 

Tuesday 8 March 2011

Pain Of Love Part 5

“Habis tu ada sesiapa dengar ke?”

“Waktu tu Jun Xiang dangan Chai lee satu meja dengan akak”

“So?”

“So, Jun Xiang tanya akak siapa Jessy sebab akak tak guna nama sebenar kau. Akak guna nama samara kau so Jun Xiang tak tahulah. Ish! Jun Xiang tu sibuk je nak tahu, maklumlah scandal dia ada peminat tapi classmate akak, U-Jin kata jangan percayakan Jun Xiang sebab dia tu tak boleh simpan rahsia. Jadi akak pun tak cakap dan akak memang tak nak cakap”

“Heemm… Baguslah”

“Kau sedih ke?”

“Taklah. Saya ok”

Walaupun pada hakikatnya EunHye sungguh kecewa kerana dia mengalami kegagalan untuk kali ke-2. Hatinya pedih setiap kali Kagome menceritakan perihal MinHo dan JunXiang. Perasaan cemburu membuak-buak dalam dirinya tapi sayang dirinya hanya manusia biasa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kesakitan yang di tanggun tidak mampu dikongsi bersama walaupun dirinya tidak lagi mampu bertahan.
Sebulan telah berlalu dirinya masih gagal melupakan MinHo. Setiap kali berhadapan dengannya, EunHye gagal mengawal perasaannya. Hatinya sakit melihat layanan MinHo terhadap dirinya malah MinHo sanggup remove dirinya dari list friends di facebook. Apa salahnya sehingga MinHo sanggup berbuat demikian? Apa dosanya pada MinHo? Salahkah dirinya menyukai insan yang bernama MinHo?
Ahhh..hatiku sakit, jiwaku terseksa. Inikah yang diinginkan MinHo? Jika ya, dia telah Berjaya menyiksa diriku. Terima kasih Lee Min Ho.

“Hai! EunHye, termenung pula dia”

“Oh! Akak, maaf saya tak perasan akak datang”

“Kau ok hari ni?”

“Bolehlah”

“Sabar arr. Banyak lagi kumbang yang menanti adik kakak ni”

EunHye hanya mampu tersenyum walaupun senyuman itu hanyalah palsu semata-mata.

“Akak jangan risau saya dah dapat lupakan dia pun”

“Baguslah. Macam tulah adik kakak”

EunHye kecewa dan menyesal. Kenapa harus dia berbohong sedangkan dirinya masih tidak dapat melupakan MinHo. Perkara ni menyebabkan dia gagal mengfokuskan mindanya terhadap soalan-soalan peperiksaan yang terpapar di hadapanya. Fikiranya hanya ada MinHo, malang bagi dirinya kerana kelas tahum dua itu berhadapan dengan kelas budak tahum akhir sekolah tinggi Shinwa. Apa yang membuatkan EunHye sering menagis apabila dirinya terlihat MinHo walaupun untuk seketika. Haruskah dia meluahkan kepada Kagome? TIDAK itulah jawapan yang sering diberikannya bila bermacam-macam soalan bermain di fikirannya. Apa harus di lakukannya sekarang? Terus berpura-pura? Yah! Itulah jwapannya. Itulah perkara yang EunHye dapat fikirkan bagi melepaskan dirinya daripada segala masalahnya.
Inikah pengakhiran yang diinginkan? Adakah EunHye akan terus begini? Sampai bila? Kemana hilangnya EunHye yang sebenar? EunHye yang sebenar tidak akan tunduk pada kegagalan? Dimana tersembunyinya EunHye dulu?

3 bulan seterusnya;

Peperiksaan akhit tahun semakin hampir. Adakah EunHye masih seperti dulu?Bagaimana emosinya sekarang?

“EunHye..! Jom pergi makan”, kata JanDi

“Tak apalah, aku nak siapkan kerja yang cikgu bagi”

“ Sekarang masa makan. Kerja tu boleh buat nanti. Sudah, mari ikut kami pergi makan”, marah YooHee

“Yelah. Aku ikutlah ni”


Bersambung... ~ Pain Of Love Part  6 ~

~ narryen ~