BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 5 October 2013

Fate Of Love Part 3


Hari ni saya nampak awak macam tak buat apa-apa jadi saya ingat nak berkenalan dengan awak, tapi bila saya sampai awak tak perasan dan bila saya duduk sebelah awak, lagi awak tak perasan. Rupa-rupanya awak sedang bersedih. Sekali lagi saya minta maaf sebab ganggu awak”, jawab Jung Min

“Awak tak perlulah minta maaf. Salah saya sebab tak perasan yang diri saya ni sedang di perhatikan”, balas Hye Jin sinis

“Boleh saya tanya?”, soal Jung Min yang cuba memberanikan diri bertanya kepada Hye Jin.

“Tanya apa?”, jawab Hye Jin ringkas.

“Apa-apa. Boleh tak?”

“Boleh. Tanya jelah, tak kena bayar pun”

“Awak tak ada kawan-kawan ke?”

“Kenapa awak tanya macam tu”, soal Hye Jin kehairanan

“Saya tengok awak sentiasa ada dekat bawah pokok ni. Tiap-tiap hari mesti awak datang kadang-kadang saya nampat awak datang dengan uniform sekolah pula tu. Biasanya kalau budak perempuan, mereka akan keluar dengan kawan-kawan bila hujung minggu tapi awak akan berada disini dari pagi hinggalah matahari terbenam”

“Macam tu ke cara pemikiran awak?(tersenyum) Tidak semua budak perempuan suka habiskan masa mereka dengan kawan-kawan. Saya ada kawan, tapi saya tak berapa suka cara mereka bersosial. Contoh, bila cuti sekolah mereka mesti pergi ke pusat karaoka, shopping, menonton wayang dan macam-macam lagi cara mereka habiskan masa yang ada. Sebagai seorang perempuan saya suka lakukan semua tu tapi bukan setiap hari atau setiap minggu”

“Jadi kalau awak ada masalah, awak boleh minta bantuan kawan-kawan awak. Tapi saya hairan kenapa awak selalu ada dekat sini, menangis sendirian pula tu. Mereka tak nak tolong awak ke?”

“Saya menangis pun awak tahu juga?”

“Auhh! Saya ternampak je”, nada suaranya seperti cuba menutup kesalahan dirinya sendiri agar tidak tertangkap oleh Hye Jin.

 “(tersenyum) Bukan macam tu. Saya cuma tak suka kawan-kawan saya tahu yang saya ada masalah itu sahaja. Okeylah, Jung Min saya nak balik sekarang, nanti abang saya risau pula”

“Awak tinggal dengan abang awak? Hah! Hey Jin awak sekolah dekat mana?”

“Ye, sekarang ini saya tinggal dengan abang saya kerana mak dan Ayah saya ada urusan di Busan jadi abang saya yang kena jaga saya. Dia tu kejam sikit, saya balik lambat pun tak boleh. Saya budak sekolah tinggi Shinwa. Kenapa tanya? Bukankah awak kata awak selalu perhatikan saya pasti awak tahu saya sekolah dimana bila awak tengok lencana sekolah saya”

“Memanglah, tapi setiap kali ada orang lalu dekat dengan awak pasti awak akan tutup lencana sekolah awak tu, jadi macam mana saya nak tahu. Eh! Awak kata tadi nak balik, pergilah cepat, nanti abang awak marah pula.

“Baiklah, saya balik dulu. Jumpa lagi”

“Okay. Bye”

Sewaktu di sekolah...

Ketua kelas memberikan ucapan hormat apabila guru masuk ke kelas mereka. Pagi ni waktu matamatik iaitu waktu puan Choi.

“Selamat pagi, pelajar. Kenalkan ini rakan baru kamu, Park Jung Min. Jung Min sila kenalkan diri kamu”, kata puan Choi

“Selamat sejahtera. Saya Park Jung Min…”

Hye Jin leka membaca buku matametiknya kerana hari ini puan Choi akan mengajar topic baru. Jadi dia ingin memahami topic yang bakal gurunya ajar sebentar nanti, kerana itu dia tidak mempedulikkan apa yang berlaku di hadapannya. Sehinggalah Jung Min diarahkan duduk di sebelahnya.


-Bersambung-

~narryen~