BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 25 August 2010

Waiting For... Final Part

“Hello abang kakak nak keluar kejap lagi..Dia kate nak pergi beli barang dapur..ape kate abang temankan dia lepas tu abang teruskan laa rancangan abang tu..Abang dah bersedia..?”

“Hah…, sudah..Kalau macam tu bagus laa..Ok thanks..”

Aeddy terus ke rumah Narry dan menjemputnya.Narry tidak kelihatan terkejut pun dengan kehadiran Aeddy kerana dia tahu ini semua mesti angkara Jerry..Setelah membeli belah Aeddy tidak terus menghantar Narry ke rumah sebaliknya membawa Narry ke sebuah taman yang berdekatan Aeddy cuba untuk meluahkan perasaannya..

“Narry..sudikah kau menerina aku untuk berada di hati kau”

“Aeddy..”

“Aku tahu kau terkejut..tapi aku benar-benar ikhlas mencintai kau dan ingin hidup bersama kau”

“Maaf aku tak boleh..”

“Kau masih belum boleh melupakan Anddy..?”

“Aku tak mampu dan aku tak mahu..”

“Narry sebenarnya sebelum Anddy melelapkan mata untuk selamanya dia telah berpesan agar aku melindungi dan menjaga kau,kerana itu aku ingin kau sentiasa di sisiku..Narry aku lakukan ini semua juga kerana Anddy. Inilah pesanan terakhir Anddy kepada ku Narry.”

“Ak..Aku..”

“Aku tahu kau takkan terima.., kerana itu aku hanya nak kau tahu yang aku akan sentiasa menunggu kau sehingga kau dapat menerima aku dan selama itu aku akan sentiasa bersama dengan kau..melindungi kau..Benarkan laa...kerana ini adalah amanah yang aku perlu laksanankan..”

“Baik laa Aeddy jika itu kata kau…dan terima kasih Aeddy..terima kasih kerana sanggup menunggu aku dan terima kasih untuk segalanya..Tunggu laa aku Aeddy..mungkin satu hari nanti aku dapat menerima kau dan cinta kau seikhlas hati ku..Untuk sementara ini biar laa kita menjadi sahabat, biarlah masa menentukan segalanya”

“Tidak mengapa..Narry.., Aku akan menunggumu..Aku janji..”


~TAMAT~


hak cipta terpelihara
milik NARRYEN sepenuhnya.

Monday 23 August 2010

Waiting For... Part 4

“Abang bergurau ke..?”

“Tak..abang betul-betul nie..”
 
“Saya tak kisah..saya merestui hubungan abang dan kakak..,tapi saya tak tahu kakak akan terima atau tidak..”

“Kau tolong arr abang..”
 
“Baiklah..saya cuba..”

“Terima kasih Jerry”

“Sama-sama.Saya akan buat ape sahaja agar kakak kembali tersenyum”

Narry turun selepas Jerry letak telefon..

“Siapa yang telefon..?”

“Oh..kakak..Aa..Abang Aeddy..Dia nak cakap dengan akak tapi Jerry kate akak tengah tidur”

“Heemm..dah sarapan..?”

“Belum..,Jerry tunggu akak bangun arr”

“Oh yee ke..baiknye adik akak nie..Dah jom kita buat sarapan sama-sama..”

“Akak keluar ke hari nie..?”

“Kenapa..?”

“Tak de laa..Jerry nak keluar dengan kawan kejap..”
 
“Heemm..pergi laa..akak pun ingat nak keluar beli barang dapur..”

“Oh..kalau macam tu akak ajak abang Aeddy temankan akak laa..”

“Eh budak nie..takkan laa nak pergi beli barang dapur pun nak berteman..”

“Apa salahnye..nanti kena buat sama-sama juga..”

“Eh..Jerry ape kau merepek nie..”,kata Narry dengan nada yang marah..

“Hah..??..Oh..tak de ape laa kak..aa..kak Erry pergi dulu yee..Bye.”

“Hah..Bye..”

Jerry terus keluar dari rumah kerana takut kakaknya akan megamuk macam semalam..Selepas itu Jerry
menelefon Aeddy..

~Bersambung~

Saturday 21 August 2010

Waiting For... Part 3

“Diam...Diam..Jerry...”

Narry terus ke biliknya..sambil menangis..Manakala Jerry pula tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana terkejut dengan jeritan kakaknya dan dia rasa bersalah terhadap kakaknya itu.

Tok..tok..tok..Jerry mengetuk pintu bilik kakaknya…

“Kakak..,Jerry bawakan kakak kek..,makan laa..mak cik Ji Woo yang bagi..”

“Tak pee laa..akak tak nak makan..”,tanpa menoleh sekali pun Narry meminta adiknya itu keluar kerana dia ingin menyendiri..

Anddy..salahkah aku..??..,Salahkah aku menjadi seperti ini.Aku tidak mampu untuk menerima insan lain selain kau..yang kekal di hati aku..Aku merelakan pemergian kau..tetapi aku tidak rela melepaskan kau dari hati ku..Aku tersenyum..,Aku ketawa..,Aku gembira..tetapi pada hakikatnya aku menderita Anddy..senyumanku,kegembiraanku,tawa-riangku tak dapat aku luahkan dengan hati yang ikhlas..Kau mengajar aku erti kebahagian,kau membuat aku tersenyum.Aku perlukan kau disisiku.Aku sentiasa berharap agar kita dapat bersama.Pelbagai dugaan dan rintangan yang kita hadapi..Tapi itu semua hanya tinggal harapan dan kenangan..”,kata-kata yang sering Narry ungkapkan setiap saat dalam hidupnya.

Kata-kata yang tidak pernah hilang dari mindanya.
Semenjak kematian Anddy..,Narry lebih suka menyendiri.Dia juga tidak lagi seceria dulu.Narry sering menangis apabila teringatkan Anddy ini kerana dia tahu walau apa pun Anddy takkan kembali kesisinya..

Kring..kring..kring..

“Hello..”

“Hello..Jerry..?”,

“Oh..abang Aeddy..Abang nak cakap dengan kakak ke..?”

“Eh..tak laa..abang nak cakap dengan Jerry..”

“Kenapa bang..?”

“Kakak macam mana..?”

“Macam tu laa..sejak abang Anddy meninggal kakak dah tak macam dulu..tak seceria dulu..”

“Jerry..Abang..abang…”

“Abang ape..??..cakap je laa bang..tak perlu laa..segan”

“Abang nak bertanggunjawab pada kakak kau dan kau..”

~Bersambung~

Wednesday 4 August 2010

Waiting For...Part 2

“Aeddy..,Aku kena balik laa..dah senja nie”.

“Ok..kalau macam tu aku teman kau balik”

“Eh..tak payah laa..susahkan kau jee..”

“Tak adalah..Lagi pun kalau ada apa-apa terjadi pada kau mcam mana..??..Dah..,jangan banyak cakap aku teman kau balik..lagi pun hari dah nak gelap nie..”,kata Aeddy dalam nada yang agak tegas.

Narry hanya mengikut apa yang Aeddy kata..Dia terasa seperti Anddy yang memarahinya sebentar tadi..Tiba-tiba dia merasa satu perasaan yang anih terhadap Aeddy..Perasaan yang sama seperti yang dirasai bila bersama dengan Anddy..Sepanjang perjalanan Narry hanya membisu seribu bahasa..Tiada satu ayat pun yang keluar dari mulutnya..Ini kerana dia ligat berfikir dan mentafsir apa yang terjadi kepadanya..,kepada perasaannya.Hal ini membuatkan Aeddy berasa serba salah..,dia fikir Narry kecil hati dengan tindakannya terhadap wanita itu..Walau apa pun..dia tidak sengaja meninggikan suara ini kerana dia takut Narry apa-apa.Dia tidak sangup kehilangan orang yang disayangi untuk kali ke dua selepas Anddy.Dia sangat menyintai Narry.Tetapi adakah gadis itu juga menyintai dirinya dan dapatkah dia melupakan segala kenangan yang ada dengan adiknya itu? Berbagai-bagai soalan ligat bermain di fikirannya.

“Ok..,Narry dah sampai..”

“Oh..ok..Thanks..”

“Tak ada hal laa..”


Mereka beredar dari kedai tersebut
Aeddy menyerahkan Dd kepada Narry…,Narry masuk ke rumah setelah mengucapkan terima kasih kepada Aeddy kerana sudi menemaninya pulang.

“Kakak dah balik..!! ”,jerit Narry

“Ha..kakak..Kakak dah makan..??..Erry ade buat nasi goreng kimchi..”,sahut Jerry apabila terdegar suara kakaknya.

“Wah..dah pandai dah adik akak nie masak..Hemm..sedap dik..”,Narry merasa masakn adik lelakinya.

“Hahah..tengok laa sape yang masak..”

“Ye laa.. Hah..tadi kakak jumpa abang Aeddy..dia dah balik Korea..”

“Ye ke kak..Ooo..patut la akak balik lambat..Hah..tengok tu kesian Dd..,gelojoh dia makan..”

“Dia tu memang makan gelojoh..kau jangan nak usik akak pulak..”

“Hemm..Kak...Kak...Ape kate akak couple je dengan abang Aeddy..lagi pun sampai bila kakak nak menyepikan diri..Abang Anddy dah lama pergi..kak..Kalau dia tengok keadaan kakak mesti dia sedih..Di..a..”



~Bersambung~

Thursday 29 July 2010

Waiting For...Part 1

           Di waktu matahari ingin menyembunyikan diri, Narry akan membawa Dd berjalan-jalan setiap petang..,Dd ialah kucing yang di hadiahkan oleh Anddy kepadanya pada krismas tahun lalu..Narry sangat menyayangi Dd kerana itulah satu-satunya pemberian terakhir dari Anddy kepadanya sebelum Anddy pergi untuk selamanya.

“Narry…!”,panggil Aeddy.

“Oh...! Aeddy..,kau buat ape kat sini?”,sahut Narry

“Aku bosan arr duduk kat rumah...itu yang jalan-jalan..,ambil angin petang..”

“Oh..yee ke..Eh..Bila kau balik Korea…”

“Semalam petang..Kenape??..,kau rindu ake ae..”

“Aa...tolong sikit, tak ada mase tau nak rindukan kau..”

Aeddy dan Anddy ialah pasangan kembar.Muka mereka seiras,perwatakan mereka sama tetapi ape yang membezakan mereka ialah..Anddy agak pemalu berbanding abangnya iaitu Aeddy.

“Yee laa...aku tahu laa..sape aku...”,jawap Aeddy sambil tersenyum..Walaupun pada hakikatnya dia mengharapkan kerinduan daripada Narry tetapi dia mengerti bahawa Narry masih belum boleh melupakan Anddy,adiknya yang telah sekian lama pergi akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

“Hey..! Termenung pula dia..”,tegur Narry

“Ha..? Oh!! Sorry…leka tengok Dd”,sahut Aeddy yang tersedar dari lamunannya.

“Dah laa...Jom aku belanje kau minum..bukan selalu kita jumpa”

“Aku yang sepatutnya belanja kau...”

“Kau nie banyak cakap arr..nak tak nak..?”

“Ok..lagi pun bukan senang nak suruh kau belanja orang..”

Aeddy dan Narry berjalan bersama-sama sambil di temani Dd yang di kawal oleh Aeddy…Setiba di kedai Coffee Prince..,Narry terasa satu perasaan yang aneh, Narry cuba mengawal emosinya dari di lihat oleh Aeddy..Ini kerana di kedai itulah tersimpan seribu satu memori dia dan Anddy.
Setelah mereka minum dan berbual..Narry tersedar yang hari semakin senja..

“Aeddy..,Aku kena balik laa..dah senja nie”,

“Ok..kalau macam tu aku teman kau balik”

“Eh..tak payah laa..susahkan kau jee..”


~Bersambung~