“Hello abang kakak nak keluar kejap lagi..Dia kate nak pergi beli barang dapur..ape kate abang temankan dia lepas tu abang teruskan laa rancangan abang tu..Abang dah bersedia..?”
“Hah…, sudah..Kalau macam tu bagus laa..Ok thanks..”
Aeddy terus ke rumah Narry dan menjemputnya.Narry tidak kelihatan terkejut pun dengan kehadiran Aeddy kerana dia tahu ini semua mesti angkara Jerry..Setelah membeli belah Aeddy tidak terus menghantar Narry ke rumah sebaliknya membawa Narry ke sebuah taman yang berdekatan Aeddy cuba untuk meluahkan perasaannya..
“Narry..sudikah kau menerina aku untuk berada di hati kau”
“Aeddy..”
“Aku tahu kau terkejut..tapi aku benar-benar ikhlas mencintai kau dan ingin hidup bersama kau”
“Maaf aku tak boleh..”
“Kau masih belum boleh melupakan Anddy..?”
“Aku tak mampu dan aku tak mahu..”
“Narry sebenarnya sebelum Anddy melelapkan mata untuk selamanya dia telah berpesan agar aku melindungi dan menjaga kau,kerana itu aku ingin kau sentiasa di sisiku..Narry aku lakukan ini semua juga kerana Anddy. Inilah pesanan terakhir Anddy kepada ku Narry.”
“Ak..Aku..”
“Aku tahu kau takkan terima.., kerana itu aku hanya nak kau tahu yang aku akan sentiasa menunggu kau sehingga kau dapat menerima aku dan selama itu aku akan sentiasa bersama dengan kau..melindungi kau..Benarkan laa...kerana ini adalah amanah yang aku perlu laksanankan..”
“Baik laa Aeddy jika itu kata kau…dan terima kasih Aeddy..terima kasih kerana sanggup menunggu aku dan terima kasih untuk segalanya..Tunggu laa aku Aeddy..mungkin satu hari nanti aku dapat menerima kau dan cinta kau seikhlas hati ku..Untuk sementara ini biar laa kita menjadi sahabat, biarlah masa menentukan segalanya”
“Tidak mengapa..Narry.., Aku akan menunggumu..Aku janji..”
~TAMAT~
hak cipta terpelihara
milik NARRYEN sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment