BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 29 September 2013

Fate Of Love Part 2


“Aku pun tahu. Kau mesti tak suka Hey Rim yang dapat jawatan itukan”, kata Min Nyu

“Baguslah kamu semua tahu”, kata Hye Jin acuh tak acuh.

“Hei! Janganlah macam ni. Senyumlah sikit”, pujuk Sam Soon

“Betul tu. Tak guna kau marah-marah”, kata Jan Di

“Macam ni lah, apa kata kita pergi karaoka. Jangan risau, aku belanja”, tambah Min Nyu

“Hah! Bagus juga idea tu. Jomlah Hye Jin”, pujuk Sam Soon

“Tak apalah. Aku malaslah. Kamu semua pergi jelah, lagi pun aku nak bersendirianlah”, terang Hey Jin

“Baiklah. Kalau itu yang kau nak kami ikut jer. Apa-apa nanti call kami”, kata Sam Soon

Hye Jin pergi ke sebuah taman untuk menenangkan fikirannya. Di taman itu terdapat sebuah pokon yang rendang dan selesa untuk merehatkan minda. Di tempat itulah Hye Jin selalu bersendirian.

Dia memikirkan nasib dirinya. Dia berasa malang bila di satukan dalam kelas yang sama dengan Hey Rim. Sewaktu mereka tahun satu, pernah terjadi satu pergaduhan kecil di antara Hye Jin dengan Hey Rin.

Hal itu berpunca daripada seorang lelaki yang Hye Jin minat. Hey Rim mengetahui hal tersebut dan cuba untuk menyatukan mereka tetapi malangnya lelaki tersebut terlebih dahulu menyatakan yang dia mencintai Hey Rim. Hey Rim menerima lamaran itu atas alasan yang dia ingin merasai dan mengetahui bagaimana perasaan seseorang yang sedang bercinta kerana selama ini dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Alasan itu di gunakan sewaktu berbicara dengan Hye Jin, tapi dengan sikap panas baran Hye Jin, dia tidak mampu berfikir dengan tenang dan menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap Hey Rim.

Hye Jin yang bersikap ceria dan periang sebenarnya menyimpan perasaan seribu satu rahsia dalam hatinya. Pelbagai masalah yang di lalui tidak pernah di ceritakan dengan kawak-kawannya melainkan hal-hal yang kecil akan dia ceritakan atau pun sekiranya kawan-kawan Hye Jin dapat memujuknya untuk bercerita.

Tiba-tiba terdengar satu suara menegur Hye Jin

“Sorang je”, tegur Jung Min

Hye Jin menolah di ikuti air matanya yang telah sekian lama terkumpul dibawah kelopak matanya

“Hah! Maafkan saya, rasanya bukan masa yang sesuai untuk bertegur sapa dengan awak”, kata Jung Min

Hye Jin terus mengesat air matanya apabila terlihat Jung Min telah berada di sisinya.

“Oh! Maaf, saya emosi sikit”, terang Hye Jin

“Tak mengapa. Kamu okey?”, soal Jung Min lantas menghulurkan sapu tanggannya pada Hye Jin.

“Saya tak apa-apa”, jawab Hye Jin lalu menerima sapu tanggan yang dihulurkan untuk dirinya.

“(sambil tersenyum) Saya Park Jung Min. Saya selalu nampak awak di sini”

“Hah! Betul ke?”

“Betul. Takkan saya nak tipu pula”

“Okey. Saya Hye Jin. Kim Hye Jin. Saya memang selalu datang ke sini tapi saya tak pernah pun nampak awak?”, soal Hye Jin

Macam mana awak nak nampak saya kalau setiap kali awak datang, awak sentiasa khusyuk membaca atau awak sibuk dengan latop awak tu. Sehinggakan saya lalu depan awak pun awak tak pandang, kalau saya pandang awak lagi awak tak perasan. 


-Bersambung-

~narryen~

0 comments: