BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 28 September 2013

Fate Of Love Part 1


                        
              Mengisahkan tentang kehidupan remaja sekolah tinggi memalui liku-liku kehidupan zaman remaja yang penuh dengan kasih sayang di antara satu sama lain. Bagaimana takdir cinta mereka bias mengubah segala yang buruk kepada yang baik dan dapat meleraikan segala dendam serta hasrat dengki yang terpahat pada hati seorang remaja.
                                                         ***
Dia ialah So Hey Rim. Pelajar tahun dua sekolah tinggi Shinwa. Mempunyai seorang teman rapat iaitu Kim Hyun Sun. Mereka tidak di sukai sekumpulan pelajar perempuan dari kelas mereka sendiri. Kumpulan itu terdiri daripada empat orang iaitu Jan Di, Hye Jin, Min Nyu dan Sam Soon. Hey Rim dan Hyun Sun sering diboikot oleh empat gadis itu. Apa yang mereka lakukan pasti dikirtik. Hidup mereka tidak akan tenang melihat kesungguhan Hey Rim apabila menerima tugasan dari guru kelas mereka untuk menceriakan kelas mereka itu. Mereka telah mengenali antara satu sama lain semenjak di sekolah menengah. Jadi Hye Rim telah lali dengan kutukan mereka.

“Ceh!! Dia pun satu kelas dengan kita?”, kata Jan Di

“Siapa yang kau maksudkan, Jan Di?”, tanya Hye Jin.

“Itulah, cik So Hye Rim”, jawab Min Nyu.

“Ish!! Bosanlah aku dari sekolah menengah sampai sekarang mesti satu kelas dengan dia.”, sampuk Sam Soon.

“Sudahlah. Tak payah hiraukan dia jom pergi kantin aku laparlah”, kata Hye Jin

“Ish!! Kau ni asyik makan jerlah”, marah Jan Di.

“Alah!! Aku belanja. Nak tak?”, pujuk Hye Jin

“Kalau kau belanja aku okey jee”, gurau Min Nyu.

Sementara itu…

“Hey Rim!! Kenapa budak-budak gedik tu satu kelas dengan kita lagi?”, rungut Hyun Sun

“Biarkanlah. Yang penting mereka tak ganggu hidup kita. Okey?”, pujuk Hey Rim

“Okeylah”, Hyun Sun

“Mari kita cari tempat. Tahun nie kita duduk depan sikik, boleh?”, tanya Hey Rim

“Boleh”, jawab Hyun Sun ringkas

Keesokan harinya…

“Selamat pagi semua. Saya guru kelas kamu, harap semua beri kerjasama dalam menjalankan segala tugasan”, ucap puan Choi.

Semua pelajar serentak mengatakan ‘baik puan’…

“Baiklah, para pelajar, hari ini saya akan melantik ketua kelas dan beberapa pelajar yang akan bertanggungjawab untuk menceriakan kelas kita ini. Mulai sekarang saya melantik Kwon Sang Woo untuk menjadi ketua kelas. Ada sesiapa membantah?”

Para pelajar hanya berdiam diri tanda bersetuju dengan cadangan guru mereka.

“Seterusnya saya memilih Kim Hyun Sun dan So Hey Rim untuk mengetuai program keceriaan ini. Boleh?”, soal puan Choi

“Boleh puan”, jawab Sang Woo bagi mewakili rakan sekelasnya.

Tiba masanya untuk pulang. Seperti biasa empat sekawan itu pasti jalan bersama.

“Wah! Menyampah aku.”, luah Hye Jin

“Kenapa ni?”, soal Jan Di

“Hah! Aku tahu”, jawab Sam Soon

-Bersambung-

~narryen~

0 comments: