BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 8 March 2011

Pain Of Love Part 5

“Habis tu ada sesiapa dengar ke?”

“Waktu tu Jun Xiang dangan Chai lee satu meja dengan akak”

“So?”

“So, Jun Xiang tanya akak siapa Jessy sebab akak tak guna nama sebenar kau. Akak guna nama samara kau so Jun Xiang tak tahulah. Ish! Jun Xiang tu sibuk je nak tahu, maklumlah scandal dia ada peminat tapi classmate akak, U-Jin kata jangan percayakan Jun Xiang sebab dia tu tak boleh simpan rahsia. Jadi akak pun tak cakap dan akak memang tak nak cakap”

“Heemm… Baguslah”

“Kau sedih ke?”

“Taklah. Saya ok”

Walaupun pada hakikatnya EunHye sungguh kecewa kerana dia mengalami kegagalan untuk kali ke-2. Hatinya pedih setiap kali Kagome menceritakan perihal MinHo dan JunXiang. Perasaan cemburu membuak-buak dalam dirinya tapi sayang dirinya hanya manusia biasa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kesakitan yang di tanggun tidak mampu dikongsi bersama walaupun dirinya tidak lagi mampu bertahan.
Sebulan telah berlalu dirinya masih gagal melupakan MinHo. Setiap kali berhadapan dengannya, EunHye gagal mengawal perasaannya. Hatinya sakit melihat layanan MinHo terhadap dirinya malah MinHo sanggup remove dirinya dari list friends di facebook. Apa salahnya sehingga MinHo sanggup berbuat demikian? Apa dosanya pada MinHo? Salahkah dirinya menyukai insan yang bernama MinHo?
Ahhh..hatiku sakit, jiwaku terseksa. Inikah yang diinginkan MinHo? Jika ya, dia telah Berjaya menyiksa diriku. Terima kasih Lee Min Ho.

“Hai! EunHye, termenung pula dia”

“Oh! Akak, maaf saya tak perasan akak datang”

“Kau ok hari ni?”

“Bolehlah”

“Sabar arr. Banyak lagi kumbang yang menanti adik kakak ni”

EunHye hanya mampu tersenyum walaupun senyuman itu hanyalah palsu semata-mata.

“Akak jangan risau saya dah dapat lupakan dia pun”

“Baguslah. Macam tulah adik kakak”

EunHye kecewa dan menyesal. Kenapa harus dia berbohong sedangkan dirinya masih tidak dapat melupakan MinHo. Perkara ni menyebabkan dia gagal mengfokuskan mindanya terhadap soalan-soalan peperiksaan yang terpapar di hadapanya. Fikiranya hanya ada MinHo, malang bagi dirinya kerana kelas tahum dua itu berhadapan dengan kelas budak tahum akhir sekolah tinggi Shinwa. Apa yang membuatkan EunHye sering menagis apabila dirinya terlihat MinHo walaupun untuk seketika. Haruskah dia meluahkan kepada Kagome? TIDAK itulah jawapan yang sering diberikannya bila bermacam-macam soalan bermain di fikirannya. Apa harus di lakukannya sekarang? Terus berpura-pura? Yah! Itulah jwapannya. Itulah perkara yang EunHye dapat fikirkan bagi melepaskan dirinya daripada segala masalahnya.
Inikah pengakhiran yang diinginkan? Adakah EunHye akan terus begini? Sampai bila? Kemana hilangnya EunHye yang sebenar? EunHye yang sebenar tidak akan tunduk pada kegagalan? Dimana tersembunyinya EunHye dulu?

3 bulan seterusnya;

Peperiksaan akhit tahun semakin hampir. Adakah EunHye masih seperti dulu?Bagaimana emosinya sekarang?

“EunHye..! Jom pergi makan”, kata JanDi

“Tak apalah, aku nak siapkan kerja yang cikgu bagi”

“ Sekarang masa makan. Kerja tu boleh buat nanti. Sudah, mari ikut kami pergi makan”, marah YooHee

“Yelah. Aku ikutlah ni”


Bersambung... ~ Pain Of Love Part  6 ~

~ narryen ~ 

0 comments: