BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 13 March 2011

Pain Of Love Part 6

Sewaktu di ruang makan, HaeJin bertanyakan impian sahabat-sahabatnya. Mereka menceritakan impian dan harapan masing-masing dengan begitu bersemangat. Ada di antara mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke luar Negara seperti JanDi yang ingin ke Istanbul. Dalam keseronokan berbual tiba-tiba mereka di tegur oleh Adrian Lim. Seorang pelajar baru di sekolah tinggi itu. Kacukan china-korea. Ada khabar angin menyatakan bahawa pemuda ini menyimpan perasaan kepada EunHye.

“Hai! Seronok nampak?”, tegur Adrian

“Hai! Tak adelah seronok sangat. Kenapa? Nak join kita orang ke?”, jawap DaHae

“Boleh ke?”, tanya Adrian

“Boleh. Sebab aku dengan YooHee,HaeJin dan DaHae ada hal sikit nak kena buat, so kau lepak arr dekat sini, temankan kawan aku ni”, kata JanDi

“Oh! Aku ok je. Macam mana pula dengan EunHye?”, soal Adrian sambil tersenyum

“Hah! EunHye, Adrian temankan kau, boleh?”, soal JanDi

“Uuhh! Apa korang ni. Seganlah aku”, jawap EunHye dengan suara yang perlahan

“Tak ape EunHye. Lagi pun saya nak berkenalan dengan awak. Kawan-kawan awak ni saya dah pun kenal”, sampuk Adrina

“Awak dah kenal mereka? Bila?”, soal EunHye dengan raut wajah yang kebinggungan

“Saya dah pindah sini nak dekat empat bulan. Saya kenal kawan-kawan awak dah nak dekat dua atau tiga bulan jugalah”, jawap Adrian

“Oh!...”

DaHea terus memotong perbicaraan EunHye

“So sekarang dia dah pun kata nak berkenalan dengan kau, EunHye. Jadi Adrian tolong jagakan kawan kami ni. Faham?”, kata DaHea

“Ok. Tak ada masalah”, jawap Adrian

Mereka terus pergi meniggalkan Adrian dan EunHye berdua di meja makan itu..

“Dah lama awak kenal kawan-kawan saya?”, soal EunHye

“Bukankah saya sudah kata, sudah dua bulan saya kenal kawan-kawan awak”, jawap
Adrian

“Oh! Maaf. Tapi macam mana awak kenal mereka?”

“Saya satu kelas dengan teman lelaki kawan awak, JanDi iaitu JunPyo. So dia yang kenalkan saya pada mereka. Waktu itu awak tak ada dengan mereka. Kami selalu semeja, mereka selalu cerita pasal awak. Cuma hari ini bila saya nampak awak turun makan, saya tak naklah kacau sebab saya tahu awak mungkin akan terkejut kalau saya dan JunPyo tiba-tiba duduk semeja dengan awak, JunPyo mungkin awak kenal so awak tak berapa kisah sangat tapi saya, awak belum kenal lagi”

“Wow! Panjangnya cerita awak. (sambil tersenyum), ok mari kita berkenalan dengan cara yang betul. Hai! Saya Yoo Eun Hye, tahun dua kelas khas”, kata EunHye sambil menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman.

“(tersenyum). Hai! Saya Adrian Lim, tahum dua kelas A”, jawap Adrian lalu membalas huluran EunHye.

Kringg…

Loceng sudah berbunyi, tandanya mereka harus berpisah untuk sementara.

“Ok Adrian, saya minta diri dulu”

EunHye terus beredar tetapi Adrian pantas mencapai tangan EunHye.

“EunHye nanti”

EunHye tidak meronta untuk melepaskan genggaman Adrian sebaliknya mendiamkan diri kerana terkejut dengan tindakan berani Adrian

“Apa?”


Bersmbung.. ~ Pain Of Love Final Part ~

~ narryen ~ 

0 comments: